19 April 2014

Percaya


Percaya.
Ada sesetengah orang yang kita percaya walaupun dah pernah kena tipu banyak kali olehnya.
Ada sesetengah yang kita hilang percaya terus pada dia lepas dia buat salah walaupun hanya sekali pada kita.

Now, im experiencing the first one.
Menyakitkan. Memang. Terutama bila kita sedar kita kita dipermainkan.
Most hurting is, we still wanna trust him for the past n future and give him another chance no matter what.
Love is so hurting.

Cintalah kerana ALLAH.
Cinta ALLAH.

06 August 2013

Album 2013

Disebabkan aku selalu bz dan tak sempat nak update blog, so aku nak buat sekali harung ajelah.
Okay, post kali ni agak panjang sikit. Sikit larr.
Gambar2 sepanjang menjalani 2013 (sampai Julai je pun)



Actually ni gambar last year. Tapi nak post jugak. Hehe. Ini handphone kesayangan aku. Kaklong aku bagi. Tapi sayangnya, dah hilang. Hilang bersama handbag yang didalamnya ada wallet, kad bank, duit, ic, jam tangan dan lain lain lagi. Hmmm.



Dan, gambar sede aku. Haha kelakar plak gambar nii. Time ni zaman kegelapan aku. Aku teramat sedih sebab handphone hilang, duit, ic, kad bank. Tapi rilex je gi jalan2 takde IC. haha. Time ni tengah otw pergi Port Dickson ngan along. Berusaha mengubat jiwa yang frust. :P
Lepas pada nii, aku selalu hilang barang. Sampai member aku dah bosan tengok aku asyik hilang handphone lah, kad matrik lahh. Haha. Zaman kegelapan, biasalaaaa~




Adam & Hawa fever. Aku pernah menggilai drama ni. Mana taknye, lakonan Aaron Aziz n Nadiya Nisaa beb. Fuhh..memula tengok sikit je. Pastu berjangkit pada novel pulak. Kakak aku pon sama jeh. Ni novel dia lah nii. Aku takdelah sampai nak beli2 novel. Kehkeh.




Okay, dikesempatan ini, aku nak mengucapkan ribu, juta, ratusan terima kasih apada semua tenaga pengajar kami especially penyelia En Mohd Irhan (Abg an), dlm sabar mengajar kami Team Kemahiran PSSCM UiTM Pahang Sesi 2012/2013. Tanpa korang semua, siapalah kami. Hehe. Alhamdulillah, selesai sudah menjalani Ujian Sijil Rendah. Gambar ni juz tunjuk ahli team wanita je. Yang lelaki tak muat nak isi.




Sem lepas. Sambutan Maulidur Rasul dan Himpunan Siap Siaga PSSCM kat Ampangan N9. Hoho. Rasanya ini first time aku pergi jalan2 jaoh dengan geng2 PSSCM. ocewah..best3.




My girly collection. Haha. Kalau tak kenal, inilah cermin namanya. Aku dah lama cari menda ni coz aku tengok drama korea Sassy Girl dia ada design menda nii. Dan akhirnya aku jumpa yang cute kat Temerloh. Tapi yang cikai lah. Made in China. Sekarang dah pecah dah pun sebelah. huh.



Skin baru untuk lappy aku. Haha. Cute an. Aku pasang sendiri jeh dengan penuh ketekunan. Excited punya pasai, taknak tauke kedai tu pasangkan. Barulah nampak dewasa sikit lappy aku nii!




Hehe. Our Siti Raihanah. Masa nii kenduri kahwin Abang Li. 
Suka pic nii. Comel plus klakar.




Hehe. I shouldn't show this. Perlantikan barisan Majlis Tertinggi PSSCM UiTM Pahang yang baru. Dari kiri Balqis Alauddin (Setiausaha), Abdul Hakim Mohamad (Yang Di-Pertua) , Muhammad Almu'izz ( Naib Yang Di-Pertua) , Nur Maisarah Borhan (Bendahari).




Rough Paper. Haha. Kertas jawapan untuk final exam sem lepas. Paper ape, aku tak hengat dah. Tapi time nii aku bengang dengan soalan yang super duper annoying. So, aku wat art lah kat kertas jawapan untuk aku abadikan dalam handphone. Haha. Takde motif.





Perkhemahan Akhir Smester PSSCM UiTM Pahang. hehe. Tempat : Lata Jarum, Raub, Pahang. 2 hari 1 malam. Haaa.ni memang fresh lepas final exam. So, hahh memang rilex habih. Sorry, gambar orangnya takde dalam simpanan aku. Ada gambar jalan ngan masak air je. KEKE.




Erm. Aku pon tak tahulah kenapa ada gambar ni sekali. haha. Aku pernah hilang handphone. Dan rupa-rupanya ada pada member aku. Tengok2 dorang dah tukar wallpaper hp aku gambar mende nii. 
-_____-"




Pastu, cuti sem pun bermula. Aku kerja ngan mak aku je pun. Kantin Hospital Kuala Lipis. Best, dapat jumpa cikgu, kawan lama. Kawan baru pun jumpa.
Masa kerja aku suka kumpul duit emas, aku suka main sudoku, aku suka minum milo sejuk kaw nak mati, n aku suka pakai apron mak aku yang berwarna purple itu coz aku takde apron sendiri. Heh.





Lagi 2 minggu nak habis cuti sem, aku dapat call yang aku ditugaskan untuk menjadi OC (Orientation Commitee) untuk Minggu Destini Siswa untuk part one UiTM Pahang. It was my honour to be part of them and memory yang agak sweet jugaklah. Biggest intake ever. 2600 student kot lupa dah. Kami yang ada 120 OC ni mau pengsan nak jaga. Fuhhh. Tapi berbaloiii beb.





Habis je MDS, aku terus menguruskan hidup aku di Jengka. Aku baru pindah rumah. Dulu dekat Rantau Perintis, sekarang dekat Taman Jengka Impian. Actually, ni gambar barang aku nih. haha. Overall gambar rumah tak snap pon. Ngee.




Sempat snap gambar masa nak pergi lab. Haha. Classmate, housemate, Zira. 
Photo edited by Zira.




Haaa. Ini gambar KemCESS (civil engineering student society). Hari mendera junior lah, apa lagi. Time ni tengah race, yang dinamakan Zombie Run. Alaaa, terlupa plak nak snap gambar dekat2 zombie2 nii.. Haha. Ini je satu satunya gambar yang ada dalam handphone aku. 






Hurayyyy. Penambahan ahli keluarga. My niece. Namanya Nur Sabrina, panggil Nana je. Bulat gila. Time dia lahir, aku baru je sampai Lipis. Sesaje je nak balik, tut2 terus pergi hospital. Tak sia sia aku balik time uhh. And guess what. Comel macam akuh!





Ahha. Bulan Ramadhan pulakk. So, aku berkesempatan untuk masak berbuka puasa untuk kawan2 aku. lauknya, Gulai Tempoyak Ayam. Uhuu..meleleyyy.




Time ni birthday member aku yang bernama Teha. Hehe. Surprise birthday party time berbuka puasa kat One Stop Centre UiTM Pahang. Kek nya sangat kelakar. Nickname member aku ni ITIK. Pastu dekat kek tu siap ada patung cream itik tiga ekor. Hahaahhaha.



Majlis Berbuka Puasa kat Kuantan.



Selamat Hari Raya!