28 November 2012

Lelaki idaman via Naluri

assalamualaikum.
Okay, aku takmau timbulkan apa apa spekulasi tak baik okay. Ini cuma mengikut naluri aku je. Haha, nak share leww skit. 
PEREMPUAN. Paling2 pon adala borak., "Ko suka lelaki macam mana ek?", "Ko nak pakwe macamana?" . Ada betul? And today, i wanna share my opinion about the guy i like. 

Caring
Okay okay. Ini paling basic. Ada ke perempuan takmau kat lelaki yang caring kan? Mari aku detailkan disini. Aku suka lelaki yang hanya caring pada perempuan-perempuan tertentu sahaja dalam hidup dia. Misalnya, mak dia, nenek dia, adik , kakak or watsoeverla yang related kan. Generally, family dia. Pastu, dia caring gila2 kat member lelaki dia. Even susah senang pon dia tetap tolong member dia. BUKAN PEREMPUAN ea. hehe. Kawan perempuan, dia buat derk je. Kecualila LOVER dia. :) Kalo pilih antara lover n member, dia nak pilih lover dia. Tapi love to Allah tetap number one. :)

Berilmu
Lelaki yang berilmu dapat bimbing kita kan. Aku sangat respect lelaki yang berilmu. Lelaki yang tak mudah kalah ngan kata-kata perempuan. Apa-apa kita uji or tanya dia, dia dapat jawab dengan bernasnya. Kalo tak dapat jawab pon, dapat senyapkan kita pon jadila. Dia tahu bab selok belok agama. Rajin pegi dengar ceramah. Then tak riak dan takbur. haha. Kalaulah bakal suami aku macamni, alangkah..alangkah bersyukurnya aku. Weee. Cer bayangkan dapat lelaki yang jahil bab bab agama. Solat entah kemana. Macamana nak jadi imam kita kan. Betul tak?

Tinggi dan gemuk dari aku.
Orang kata dapat laki rendah murah rezeki kan? hah, jangan percayalah. Kalau ye pon, aku takmau. Sorry, yang ni memangla tak penting dalam hubungan kan. Tapi ciri yang ni aku demand sikit. Yang ni je. Aku tak suka lelaki yang rendah pada aku. Memangla aku tinggi, tapi nak cari lelaki lagi tinggi. Lagi satu, lelaki kurus daripada aku. Oishh. inilah impact dari mengejek aku Bulat ye. HAha. Sejak aku merasakan aku ni bulat orangnya, aku takmau pakwe yang kurus daripada aku. Biarla dia cute pon, aku suka je.  Kalo bole, nak yang taff. HEHEHEHE. Ala, ni semua perempuan nak. Baik ngaku!

Independent

Tak minat lelaki yang control2. Even nak pegi mana2 pon nak kena report. Kalau dah jadi suami yela kena report kan. Pastu, buat itu ini salah. Padahal mende yang kita buat tu tak salah pon. Sikit2 nak komen kan. Arrr...IDL it very much. Aku suka lelaki yang menunjukkan minat dengan apa yang kita buat. Even kita buat mende kecik pon, dia nak amik tahu, then menyokong as long as apa kita buat tu betul. Weee. Kalau kita gaduh ngan member, dia yang beri nasihat. Kalau kita nak pergi mana2, dia tak halang. Dia care, tapi tak tunjuk sangat kat kita. Dia risau, tapi tak luahkan, takut kita yang jadi risau dan rimas. :)

Sayang Allah lebih dari segalanya.
Haa. Yang ni penting. Sayang memangla sayang kan. tapi sayang Allah jangan lupa. Hope someday my future guy will love me because he love Allah. :)

Banyak lagi. tapi semua tu biasa2 je. Setia, romantik, toleransi, suka gurau and many more. hehe.
Tak semua perempuan memilih. Tapi inilah naluri perempuan sebenarnya. Suka yang cantik, suka yang lembut, suka disayangi. Semua nii naluri. Aku tak cakap laki aku wajib ada ciri2 ni pon. TAk. Tapi tulaa...jauh sudut hati, itulah pilihan kita. Eleh, macamla korang takde ciri2 pasangan idaman kan. How yours?

No comments:

Post a Comment