15 November 2012

Sayang Allah. Takut Allah.

Assalam. 


Allah S.W.T


Post aku kali ni aneh sikit ye? Tak aneh pon. Kita kan Muslim. Dan aku termasuk kaum Muslimah. Kita tak boleh leka sikit pon pasal agama kita kan. Kita hamba Allah, so kita sepatutnya ingat Allah 24jam sehari, 7hari seminggu, 30hari sebulan, 12bulan setahun. Sesaat pon tak boleh lupa pada Allah. Semua yang kita buat, semua demi untuk persembahkan pada Tuhan kita, Allah Taala. Subhanallah.

Pernah tak korang terpikir, betapa bertuahnya korang dilahirkan kat dunia ni? First, sebagai orang Islam. Bukan sebagai seorang kafir yang kekal dalam neraka selamanya. Ya, orang kafir yang korang duk puja2, penyanyi ke pelakon ke..orang itulah yang akan kekal dalam neraka kelak kalau takdanya petunjuk dari Allah, kalau takdenye belas kasihan dari Allah. Kita sebagai Muslim, kita tak tahu nasib kita macamana nanti, tapi yang pasti syurga tempat kita akhirnya nanti. Jadi, walau macam mana pon orang kafir nak jatuhkan kita, walau sejauh mana pon orang kafir nak lari, kita tetap menang jugak. Itu janji Allah pada kita. Baiknya Allah tu.

Second, lahir dalam keluarga senang. Kalau kita rasa kita ni dah cukup susah, nak cari duit susah..nak study susah.. berjuta lagi orang yang lagi susah dari kita kat luar sana yang Allah uji kesabarannya. Allah takkan beri ujian kepada hamba dia kalau hamba dia tak dapat tahan ujian tu. Mak aku selalu cakap yang itu. Saudara Islam kita yang bersusah payah, bermati matian pertahankan agama kita. Ada tak walau 1% pon ikhtiar kita nak tolong diorang? Even sakit perit diorang pon kita tak tanggung sikit pon. Betapa baiknya saudara kita kan. Itu pon masyarakat dunia boleh keji lagi Muslim ni pengganas. MasyaAllah dunia sekarang.  Selesa Allah bagi tempat pada kita. Selesanya tempat ujian yang Allah beri pada kita. Itu pon kita merungut lagi. Allah ambil pusing tak rungutan kita tu?. Tak pon. Baiknya Allah.

Third, boleh hidup sampai ke saat ini. Aku kadang kadang terpikir, macam mana nasib aku kalau aku ditakdirkan sebenarnya mati semalam? ataupon sejam yang lepas.? Allah tiba tiba ambil nyawa kita, macam mana ek? Apa kita nak tunjuk kat Allah nanti? kat Akhirat nanti, apa aku nak tunjuk kat Rasulullah aku? Aku buat apa untuk agama aku? Setakat solat, puasa, mengucap, cukup ke amalan aku?
MasyaAllah. Alhamdulillah. Bersyukurnya kan. Allah masih beri peluang untuk kita. Sayangnya Allah pada kita walaupon kita sering lupakan Dia. Dia tak pernah lupakan kita. Rezeki yang kita dapat sampai ke hari ini semua dari izin Allah. Saat kita jatuh, gembira, sedih, keliru, Allah still ada. Kita hamba Dia, tapi Dia jaga kita dengan sebaik-baiknya. Baiknya Allah itu.

Kalau setakat amalan aku setakat ini, kalau ditakdirkan Allah ambillah nyawa aku sekarang, apa aku nak jawab time kat alam barzakh nanti? Kat Padang Mahsyar selesa ke aku? Masa timbangan, menang ke aku? Masa melalu titian, mana hala tuju aku? Allah je tahu nasib kita saat ini. Kita? Kita hamba, kita ada tanggungjawab lain. Tanggungjawab masa kat dunia dengan tanggungjawab untuk akhirat. 








Agak agak, berapa peratus sayang kita pada ALLAH?
Berapa banyak takut kita pada ALLAH?



let's pray for our brothers and sisters in GAZA

No comments:

Post a Comment