11 February 2013

Cumie & Comey

Our Cumie & Comey

Haa ni la kucing kitorang kat rumah. Yang warna oren nama Cumie, warna hitam putih tu namanya Comey. Sepasang, female and male. Tapi dua dua ekor ni dah takde. Dah mati dah pon. Hmm. :'(


Main sorok2 ngan Cumie. xD


Haa. Cute tak? Inila Cumie. Betina lo. Aku takdela sayang sangat kat dia ni sebab aku tak suka kucing betina. Heheh. Ala, bukan ape, kucing betina ni agresif n tak pandai manja2. Dia ni suka kejut orang tidur pagi2 buta. Kadang2 dia pijak je kepala aku ni. Hahah.
Asal aku balik cuti je, ada je tragedi yang jadi kat dorang nih. Dulu aku balik cuti midsem, Cumie yang mati. Mati kena gelek ngan kereta. Kes langgar lari. Depan rumah aku plak tuh. Hado. Masa tu time maghrib. Jiran sebelah yang panggil kitorang, tengok2 Cumie dah mati pon. Darah tak banyak sangat. Mujur dia mati terus, takdela seksa sangat. Hmm. Dah malam, kitorang pon tak dapat nak tanam terus. Bangun esok pagi, adik2 aku dah merayap mane entah. So, aku jugaklah yang kena merempit balik umah wan nak pegi tanam Cumie. Huh, first time tanam kucing mati wo.


Cumie, dalam kenangan. 


Best je Comey dapat tidur ye. aha
Haa. Ni pulak Comey. alalala, comel kan. This is our hero. The guy in the house. Kecuali kalau ada areh. Areh n ejal suka buli Comey ni. Main lambung2 la. Pijak2 laa. Tapi Comey ni gagah wo. Nama je cam jambu sikit. Haha. Dia ni dikira pembersih jugakla. Tengok bulu dia tu, gebu je kan. Tapi kadang2 pengotor jugak sekor ni. Pagi2 buta main dalam longkang dah, Ish ish ish.


Time lepak ngan Comey

Hmm. Comey ni mati time aku cuti jugak. Cuti Chinese New Year. Actually, baru petang tadi dia mati. Dia mati sangat sangat dalam keseksaan. Sedia nak cerita. Hari pertama, means hari Sabtu lepas kitorang dengar ada kucing mengiau depan rumah. Adik aku kata ada kucing gila. Pastu dia pergi tengok, terus nangis masuk rumah. Dia kata Comey. Aku macam tak percaya wo. Comey sebelum ni badan sehat siap muscle lagi, time tu aku tengok kurus kering. Mak aku kata dia memang dah berapa hari tak balik rumah. Keadaan dia time tu sangat sadis. Belakang badan luka teruk n dua dua tangan depan hancur. Mula mula ingatkan kena gelek jugak, tapi bila belek-belek, rasanya kena gigit la. Sama ada kucing jahat lain ataupun anjing. Tapi memang teruk gila. Aku langsung tak berani tengok depan2. Kesian sangat. Dia mengiau pon aku rasa macam seksa sangat je. Mak aku letak iodin n minyak Jerslin kat luka-luka dia tu. Kesian dia. Malam tu kitorang tidur rumah wan, so tinggal dia sorang2. 
Hari kedua balik, iaitu semalam, dia dah hilang. Rupa-rupanya ada bawah kereta luar garaj. Dia cuba nak lari sebab takut sangat. Kesian sangat. Dia macam terlalu ketakutan. Dahla keadaan dia macam tu. Tengok tangan dia petang tu dah start berulat. Luka belakang badan dia pon dah kena jangkitan teruk. Dia asyik nak masuk rumah je sebab takut sangat. Kitorang terpaksa kurung dalam cage anak kucing. Aku kesian sangat kat Comey time tu. Aku langsung tak berani dekat dia. Dia berapa kali menggelempas nak keluar. Kitorang terpaksa letak lesung batu atas cage tu takut dia tolak nak keluar. Malam semalam tu, semorang dah tido. Aku berjaga buat assignment. Dengar dia memanggil2. Aku pon pergila tengok. Dia macam nak mengamuk keluar. Maybe ulat2 kat badan dia tu buat dia sakit. Hmm. Time tu jugak airmata aku menitik. Kalo boleh time tu jugak aku nak bagi dia mati, taknak tengok dia seksa macamtu. 


First time mandi Comey. Time ni kurus lagi. Haha

Hari ketiga, pagi tadi, mak n kakak aku mandikan dia. Bahagian kaki dia yang berulat tu, mak aku mandikan dengan air panas. Mak aku kata dia macam dah tak rasa apa-apa dah kaki dia tu. Tinggal tulang je. Aku tengok pagi tadi mak aku macam stress gila. Dia kata nak amik ubat penenang then suntik je kat Comey bagi mati terus. Tapi ingat senang ke nak dapat ubat camtu. Kitorang dah doa doa dah bagi Comey mati cepat. Nak hantar klinik haiwan, tak bukak. Lusa baru bukak. Cuti kan. Kitorang terpaksa letak dia jauh sikit dari pintu rumah sebab bau busuk gila. Dia berapa kali panggil kitorang sebab takut. Kitorang letak pasu bunga besar plak atas cage tu sebab dia tolak cage tu sampai terbukak Dia jerit sekuat hati, kakak aku pon keluar la suap air sikit. Dia macam dah lemah, tapi suara dia jangan cakaplah weh, kuat gila. Kesian sangat. Seksa la sakit kan. Aku rasa macam adik aku sendiri yang sakit tu. Petang tu, bila aku bangun tido je, Aina kata Comey dah mati. Alhamdulillah. Dia mati pon macam seksa sangat. Dengar cerita adik aku la. Comey batuk teruk. Memula biar je dia batuk. Tapi makin over, kakak aku pergi tengok. Tapi dah tak batuk time tu. Kakak aku usik je, kaki dia gerak sikit. Usik lagi, dia terbangun then jatuh terus mati. Hmm.

Baru tadi aku pergi tanam Comey. Sobs..sedih. Sebelum ni kitorang dah pernah tengok beberapa gambar n video kat internet pasal kucing catat, takde kakilah, kena seksa lah. Tapi nak cakap, Comey lagi seksa lah beb. Mak aku tak bagi kitorang amik gambar takut aib dia. Seksa sangat. Tiga hari ni memang azab bagi dia n azab kitorang sendiri tengok keadaan dia macam tu. Tobat, kalo aku ada kucing lagi lepas ni, aku taknak dia mati macam tu dah. Cukuplah sekali experienced semua ni. 


Rindu nak buli Comey. :'(




No comments:

Post a Comment